PENERBANGAN SOLO
MENGELILINGI DUNIA 2007/2008 - SATU MISI KEAMANAN
BAYANGKAN,
wajah-wajah keamanan, minda yang ceria, hati yang terbuka
serta perpaduan dalam keamanan di dunia ini milik semua.
RENUNGKAN, andai setiap individu, kumpulan,
komuniti, negara dan kerajaan memikul tanggungjawab
yang luar biasa ini sambil menekankan kepada dunia bahawa
keganasan bukanlah satu satunya penyelesaian kepada
sebarang masalah.
THE FAIRUZ WINGS OF PEACE merupakan projek penerbangan
solo merentasi Asia Pasifik 2008 di bawah naungan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi.
KAPTEN MOHD FAIRUZ BIN MOHD SAKIRIN, anak Malaysia
berhati waja bakal menyahut cabaran menyempurnakan misi
tersebut. Beliau akan merentasi 11 buah negara Asia
Pasifik membawa misi keamanan menggunakan pesawat satu
enjin sekaligus mencatat nama di dalam 'Malaysia Books
of Records' sebagai rakyat Malaysia pertama melakukannya.
OBJEKTIF MISI INI ADALAH UNTUK MEMPROMOSI, pemahaman
dunia tentang penyelesaian konflik tanpa keganasan bagi
mempertahankan kemajuan yang dicapai serta menegakkan
keadilan sejagat. Objektif misi ini bakal dicapai apabila
petisyen keamanan yang dibawa Kapten Fairuz sepanjang
penerbangan itu ditandangani oleh pemimpin setiap negara
yang disinggahi. Ia juga secara tidak langsung mampu
mempromosi nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Flight Mission
Updates:
November 2007 :
Duta Keamanan Dunia
Kapten
Fairuz ketika dilantik menjadi Duta Keamanan Dunia dan
menerima penghargaan daripada International Association
of Educators for World Peace (IAEWP), sebuah pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) berasaskan matlamat Pertubuhan
Bangsa Bersatu (PBB) bagi keamanan, pendidikan, perlindungan
alam sekitar, hak asasi manusia pengecilan penggunaan
senjata.
October 2007 :
Latihan Penerbangan di Australia.
Kapten Fairuz telah menamatkan latihan penerbangan
selama 3 minggu di Australia.
Ogos 2007 :
Duta Jenama Breitling.
Pada
26 Ogos 2007, satu majlis khas diadakan di Mandarin
Oriental Hotel sempena pelantikkan Kapten Fairuz sebagai
Duta Jenama Breitling.
Alamat : Unit 526, Tingkat 5, Blok
A, Kelana Center Point, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 603 7880 8111 Faks: 603
7880 7111