THE PATRON'S NOTE

SEKAPUR SIRIH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, Warahmatullahi Wabarakatuh and salam sejahtera.

Selamat datang ke laman rasmi Projek Penerbangan Solo Mengelilingi Asia Pasifik 2008. Laman ini di harapkan menjadi saluran penyebaran utama maklumat atau informasi terkini mengenai aktiviti dan kegiatan berkenaan projek ini secara keseluruhan.

Sebagai penaung kepada Projek Nasional ini saya berasa sangat berbangga dengan semangat dan keazaman kuat yang ditonjolkan oleh seorang anak bangsa Malaysia dalam usaha untuk memperkenalkan negara dan bangsa Malaysia ke seluruh persada alam amnya dan kepada seluruh bangsa yang ada di atas mukabumi ini khasnya dengan semangat "Malaysia Boleh".

Selaku penaung projek ini, saya juga ingin menekankan bahawa saya akan memberi sokongan sepenuhnya demi menjayakan projek cemerlang, gemilang dan terbilang ini.

Akhir sekali, saya benar-benar berharap agar laman rasmi ini mampu memjadi satu wadah rasmi yang dapat menyalurkan maklumat tentang aktiviti terkini mengenai projek ini. Melalui projek ini juga saya berharap agar ia bakal menjadi contoh dan pemangkin anak-anak bangsa Malaysia yang lain untuk terus menggapai kejayaan dalam mengharumkan nama negara, bangsa dan tanahair Malaysia yang tercinta.

Sekian,

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia.

Address : Unit 526, 5th Floor, Block A, Kelana Center Point, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 603 7880 8111 Fax: 603 7880 7111

copyright 2007 © Fairuz Wings Of Peace - All Rights Reserved
| site by: graphite Graphics